Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, April 30, 2011

Pendidikan: BPKP UMS anjur bengkel kebersihan


KOTA KINABALU 29 April - Bahagian Perumahan dan Kebajikan Pelajar (BPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan bengkel kebersihan dan keselamatan kafeteria baru-baru ini.
Bengkel yang diadakan di Beringgis Beach Resort, Papar itu disertai oleh seramai 46 peserta yang terdiri daripada pegawai BPKP Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP), pengetua-pengetua kolej kediaman dan Exco Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) UMS.
Pengerusi penganjur, Mat Usup Rasid berkata, bengkel itu bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada para peserta untuk memahami dan menimba pengetahuan baru berkenaan kebersihan dan keselamatan kafeteria.
"Ia sejajar dengan matlamat BPKP yang mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar yang merupakan pelanggan utama kepada kafeteria yang ada di UMS," katanya di sini baru-baru ini.
Bengkel selama tiga hari itu dikendalikan oleh penceramah dari Jabatan Kesihatan Negeri.
Mat Usup berkata, antara topik yang dibincangkan dalam bengkel itu adalah Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kafeteria, Perolehan dan Sebut Harga Tender, Perundangan dan Tatatertib, Kebersihan serta Bidang Kuasa Kafeteria.
Sementara itu, Dekan SSMP, Prof. Dr. Sharifudin Md.Shaarani berkata, melalui peraturan-peraturan kafeteria yang dibincangkan dalam bengkel tersebut diharap dapat meningkatkan lagi perkhidmatan kafeteria sama ada dari segi pengurusan makanan, pekerja mahupun jaminan persekitaran yang bersih dan selamat.
Menurutnya, satu resolusi berjaya dicapai hasil perbahasan para peserta bengkel khususnya dalam memberi jalan penyelesaian mengenai masalah yang sering dihadapi dalam pengurusan kafeteria.


Sumber: Utusan

Hangat:Putera William dan Kate Middleton Dapat Gelaran........





Istana menyebut William dinama Earl of Strathearn manakala Kate sebagai Countess of Strathearn 

LONDON: Putera William dan Kate Middleton menerima hadiah perkahwinan diraja pertama mereka daripada Ratu Elizabeth semalam iaitu gelaran Duke and Duchess of Cambridge.
Istana Buckingham berkata, bahawa William kini secara rasmi bergelar His Royal Highness The Duke of Cambridge manakala isterinya, Catherine Middleton bergelar Her Royal Highness The Duchess of Cambridge.
Kenyataan istana menyebut bahawa William dinamakan sebagai Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus, manakala Middleton juga menerima gelaran yang sama sebagai Countess of Strathearn dan Baroness Carrickfergus.

Strathearn mengaitkan William dan Middleton dengan Scotland di mana pasangan itu bertemu dan saling jatuh cinta. Baron Carrickfergus adalah gelaran bangsawan yang merujuk kepada satu daripada bandar tertua di utara Ireland.

Ketiga-tiga gelaran berkenaan dikurniakan nenda William, Ratu Elizabeth II sebagai menandakan perkahwinan putera berkenaan dan diumumkan awal pagi semalam menerusi Twitter, e-mel dan halaman web rasmi perkahwinan diraja.

Disebabkan Middleton tidak dilahirkan dikalangan keluarga diraja, beliau tidak akan secara rasmi menjadi Puteri Catherine walaupun masyarakat umum akan memilih untuk memanggil beliau demikian atau mungkin “Puteri Kate”, menolak protokol. 
Putera William, 28, pewaris kedua takhta British dan Kate Middleton, 29, sah bergelar suami isteri dalam majlis yang diadakan di Westminster Abbey dengan disaksikan 2,000 tetamu di gereja berkenaan selain dua bilion penonton dari seluruh dunia yang menyaksikan acara yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan internet.

Sementara itu di luar Westminster Abbey, orang ramai dari seluruh dunia mula memenuhi kawasan berkenaan sejak malam sebelumnya dengan harapan untuk melihat lebih dekat majlis penuh bersejarah itu.

“Saya hanya dapat lelap beberapa jam di muka pintu tetapi saya tidak kisah, hari ini adalah satu peluang seumur hidup dan saya perlu berada di sini untuk menyaksikan upacara berkenaan,” kata rakyat Kanada, Jay Edmonds.

Malah, ramai peminat yang sanggup berkhemah di sepanjang jalan Westminster semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan perkahwinan bersejarah itu.

Dengan membawa bendera Union Jack, Terry Hut, 77, sanggup berkhemah sejak lima hari lalu untuk mendapatkan kedudukan di barisan paling hadapan bagi menyaksikan majlis perkahwinan diraja yang kelima bagi dirinya.

“Mereka akan berjalan secara berasingan tetapi ketika mereka berjalan bersama, mereka akan menjadi raja dan ratu England pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, pihak polis Britain dilaporkan sudah menahan tiga orang dalam operasi keselamatan berkaitan dengan perkahwinan diraja berkenaan.

Penahanan dibuat ketika pasukan polis Britain mempertingkatkan keselamatan pada waktu malam, kelmarin sebelum majlis di Westminster Abbey di mana seramai 5,000 anggota polis ditempatkan bagi menghalang kejadian tidak diingini.

Scotland Yard berkata, tiga individu ditahan di selatan London pada Khamis kerana disyaki menyebabkan gangguan awam dan melanggar keamanan. 
Suspek terbabit adalah dua lelaki berusia 68 dan 45 serta seorang wanita berusia 60 tahun yang kini masih dalam tahanan polis Metopolitan.


Sumber: Berita Harian

Betul bah: Suib "Sepah"...Bakal Timang Anak....



Selepas aku melihat Maharaja raja lawak semalam...gelak aku bila AC Mizal mengatakan "Tahniah sbb isteri Suib Hamil....Subur budak ne!!!"  hahaha.............Suib selalu jadi mangsa buli dlm Sepah semasa aksi lawak bermula...

Rezeki Bukan setakat d pentas lawak, kini bakal mendapat rezeki yg amat bernilai setelah bersama dengan isteri kesayangannya...Siti Sarah...cewahhhhh....romantik plak....hehehe.....lelaki @ pompuan???  blom tau lagi...masi dlm kandung....hahaha..........Tahniah sekali lagi utk suib kumpulan Sepah...............

laporan penuh: Kosmo 
Sumber: Kosmo.....


Lawak: Maharaja Lawak Minggu ke-5....


Sebentar tadi berlangsung la persembahan pelawak-pelawak yg menggeletek hati ku....hehehe....mmg lawak persembahan minggu ne...tp...sapa yang akan terkeluar????....ne yg susah ne...bila tiba waktu penyingkiran semua risau, takut yg keluar sepatutnya menjadi juara dan yg stay mmg tidak lawak langsung....ermmm...mau tau...jom tengokkkkkkkkkkkk....hehehe....































update video terkini....tahniah Jozan kerana menduduki tempat teratas...Jihan tersingkir................
teruskan menonton.....hehehe...................

Jumaat, April 29, 2011

Betul bah: Tony Fernandes Keluarkan Kereta Sport...



Fernandes, Kamarudin, SM Nasaruddin ambil alih firma British

SELEPAS mencipta nama dalam industri penerbangan, Datuk Seri Tony Fernandes kini meninjau peluang untuk mengeluarkan kereta sport ‘mampu milik’ susulan pengambilalihan pengeluar kenderaan ikonik British, Caterham Car Ltd.
Beliau yang juga Ketua Eksekutif AirAsia Bhd itu semalam mengesahkan sudah membeli 100 peratus ekuiti pengeluar kereta sport yang berpangkalan di Darfford, Kent itu.
Katanya, beliau bersama rakan kongsinya iaitu Datuk Kamarudin Meranum dan SM Nasaruddin, mengambil alih kepentingan ekuiti dalam Caterham daripada Corven Ventures, sebuah firma ekuiti yang sudah membiayai syarikat itu sejak 2005. 

Fernandes, bagaimanapun tidak mendedahkan nilai pelaburan yang terbabit dalam urus niaga berkenaan.

“Kami memiliki pengetahuan, komposit dan teknologi Formula Satu (F1). Kami merasakan mampu membina satu lagi perniagaan dalam bidang automotif menghasilkan kereta murah tetapi berprestasi tinggi,” katanya di London semalam. 

Populariti Caterham yang diasaskan oleh keluarga Nearn itu muncul selepas ia mengambil alih pengeluaran model terkemuka Lotus Seven yang dihasilkan Lotus Group pada 1973. 
Antara model kereta dalam siri Caterham Super 7, yang dianggap kereta ketiga terpantas di atas jalan raya, dijual pada harga kurang 14,000 pound (RM68,000) seunit.

Fernandes berkata, langkah menceburi bidang automotif itu juga adalah selaras dengan falsafah perniagaan yang menjadi pencetus kejayaan AirAsia iaitu berasaskan kadar harga mampu milik.

"Kami tidak perlu mengubah falsafah ini dan pengambilalihan ini memungkinkan kami menghasilkan kereta lebih murah untuk pasaran sukan permotoran Asia yang baru berkembang dan dahagakan jentera mampu milik.

"Kami bukan mahu bersaing dengan Ferrari atau kereta kategori sport lain tetapi kami menawarkan kereta kompetitif pada harga lebih murah," katanya. 

Sambil menganggap Caterham sebagai ‘berlian yang belum digilap’, Fernandes turut membayangkan hasrat untuk memperkenalkan satu siri perlumbaan jentera Caterham selain daripada menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kereta itu untuk rantau Asia.

“Kita akan melakukan selangkah demi selangkah, mungkin dengan pengenalan model baru mampu milik dalam tempoh terdekat,” katanya.

Corven sebelum ini menyediakan dana untuk membolehkan dua bekas eksekutif kumpulan Lotus, Ansar Ali dan Gideon Wigger memiliki syarikat berkenaan.

Caterham dilaporkan menjual beratus kereta setahun terutama untuk pasaran Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan Jerman selain laporan modal pusingan syarikat melebihi ratusan juta ringgit. 


Sumber: Berita harian

Hangat: Karl Cromok buat Konsert...

TAHUN ini Konsert KL Metal Campmasuk tahun kelima anjuran syarikat rakaman Nebiula Productions di mana ia dijayakan oleh kumpulan-kumpulan metal terkenal tempatan.
Pemilik syarikat itu, Ramze Hamid berkata, tahun ini konsert yang mengenakan tiket RM30 itu menampilkan dua kumpulan terkemuka, Sofea dan Karl Cromok sebagai tarikan utamanya.
Menurutnya, Konsert KL Metal Camp 2011 buat julung-julung kalinya menampilkan dua kumpulan itu selepas hampir 20 tahun mereka tidak muncul di atas pentas persembahan.
"Tidak dinafikan setiap tahun KL Metal Camp yang merupakan aktiviti tahunan kami menampilkan pelbagai kelainan. Tahun ini kelainan dan tarikan utama konsert ini ialah Sofea dan Karl Cromok.
"Ini kerana, dua kumpulan itu bukan sahaja sudah lama tidak mengadakan konsert tetapi mereka masih mempunyai peminat yang ramai," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Karl atau Khairul Anuar Shariff, 45, yang merupakan gitaris kumpulan thrash metal, Cromok akan muncul biarpun tidak bersama anggota-anggota asal kumpulan tersebut.
Sebaliknya, dia akan muncul bersama tiga pemuzik undangan iaitu Shah Sidious selaku gitaris, Zali Dethstroke (dram) dan Hafiz Fedora (bassis) pada konsert yang dinanti-nantikan ramai itu.
"Kali terakhir saya muncul bersama Cromok ialah pada tahun 1996 menerusi album Yours Truly. Saya juga akan mempromosikan album solo saya berjudul Shred It Back pada konsert itu nanti.
"Persembahan saya itu nanti sedikit sebanyak mampu mengubat rindu para peminat saya dan Cromok. Saya juga mungkin akan menyampaikan lagu Cromok secara instrumental," ujarnya penuh optimis.
Sementara itu, vokalis kumpulan Sofea, Amiruddin Zulkefli atau Ami juga teruja untuk muncul pada Konsert KL Metal Camp 2011 selepas hampir 20 tahun tidak mengadakan persembahan pentas.
Jelas bapa kepada tujuh anak dan berasal dari Manjoi, Ipoh, Perak ini, dia akan menyanyikan lagu-lagu lama Sofea dan bekas kumpulannya, SYJ pada persembahannya dengan durasi sekitar 40 minit itu kelak.
"Antara lagu yang akan saya sampaikan bersama Sofea pada konsert itu bertajuk Hati Syaitan, Orang Timur dan juga lagu Red Hot yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Motley Crue.
"Kami muncul semula di atas pentas persembahan selepas pihak penganjur begitu beriya-iya mahukan kemunculan Sofea pada konsert ini menyebabkan kami agak terkejut.
"Saya terpaksa mengumpulkan anggota-anggota Sofea dan kami pula hanya sempat berlatih tidak sampai sebulan untuk konsert ini," katanya yang seperti tidak sabar muncul pada Ahad ini.
Selain Amir, anggota-anggota Sofea yang akan muncul di One Cafe, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pukul 3 petang itu ialah Man Rani (bassis), Nuar SYJ08 (gitaris) dan Nahar (dram).
Selain Karl Cromok dan Sofea, kumpulan-kumpulan metal lain yang menjayakan KL Metal Camp 2011 ialah As Sahar, Fastkill, Scum, Damokis, Kazana dan Voltan.



Khamis, April 28, 2011

Pendidikan: Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dengan kerjasama Pos Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia bermula 1 Mei 2011 – 30 Jun 2011
Pertandingan dibuka kepada PARA PELAJAR SEKOLAH RENDAH & MENEGAH sahaja.
Semua pelajar dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Betul bah: Buat Animasi 3 minit dapat RM50,000....

MDeC bakal beri geran RM1.9 juta


Multimedia Development Corporation (MDeC) bakal memberikan geran bernilai RM1.9 juta kepada syarikat-syarikat multimedia dan individu yang layak untuk menghasilkan kandungan bertaraf antarabangsa berlandaskan elemen kebudayaan, sejarah dan sosial Malaysia.

MDeC di dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penggiat multimedia kreatif boleh menyertai Cabaran Pereka Harta Intelek Malaysia 2011 (2011) yang bertemakan 'Malaysiana' dengan menghantar idea mereka kepada urus setia bermula 26 April sehingga 8 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, MSC Malaysia dan Cabaran Pereka Harta Intelektual (IPCC) mencari 50 idea bernas untuk diketengahkan ke peringkat seterusnya.
"IPCC adalah satu platform untuk mengenal pasti dan membangunkan harta intelek tempatan, selain itu, kami juga bangga melihat rangka kerja berterusan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab industri kreatif pada masa akan datang," katanya.

Seramai 20 peserta yang layak di bidang animasi akan menerima RM50,000 seorang untuk membuat animasi selama tiga minit.

Manakala 10 lagi peserta di bidang permainan komputer kasual akan menerima RM50,000 seorang untuk membangunkan permainan komputer yang mempunyai nilai komersial.
Seramai 20 peserta di bidang komik interaktif digital pula akan menerima RM20,000 seorang untuk menerbitkan komik setebal 40 muka surat dan komik interaktif digital.



Betul bah: Ninja jadi Security Guard???

Terima Kasih Ninja...!!! mungkin itu la ungkapan penduduk bandar dengan kehadiran seoarang lelaki berpakaian ninja yg menyatakan diri nya akan menjaga keamanan di kawasan tersebut...hehehe...bagusnya klu d Malaysia ada ninja...ble begambar possing power punya...lagi satu, ble suruh jaga kawasan taman sbb byk kes sekarang pecah rumah...save bajet...hehehe "Jempol"

Sambung cerita...Ninja Britian ini dikatakan berusia 25 tahun sering kali muncul utk memberi bantuan kepada org ramai dan mendedahkan kehadirannya dlm laman sosial FB...

antara tugas yg dilakukan adalah:

  • menegakkan keadilan di sekitar Kent
  • memerhatikan jalan-jalan raya.
  • menegur setiap kesalahan orang ramai.
  • memulangkan semula kucing yang hilang kepada pemilik haiwan itu
  • memberi amaran kepada para pemandu supaya meletakkan kenderaan mereka di kotak parkir yang ditetapkan bagi mengelak risiko disaman.
  • membantu warga tua untuk melintas jalan.
gud luck ninja...hehehe...

Sumber Asal: Kosmo


Betul bah: Surat Lahir Obama...

Lawak jak, sbb ingin kan jawatan....Obama terpaksa tunjuk sijil lahir utk membolehkan dia terus menjadi pemimpin...Pemimpin AS itu terpaksa melakukan ini semua hanya kerana terdapat "Cakap Belakang" yg mengatakan bahawa Obama bukan lahir di AS...."jadi lahir d mana??? indonesia ka???? itu kembarnya jak hehehe...." 

Pemimpin AS itu telah disahkan lahir di Hawaii pada 4 Ogos 1961 yg membolehkan beliau terus memegang jawatan  pemimpin Amerika mengikut perlembagaan yg ditetapkan....Bapa Obama merupakan keturunan Kenya dan Ibu berketurunan AS...nasib baik la ada doktor yg sah kan kelahiran nya di Hanolulu, Hawaii...klu tidak..mesti dia kalah dalam pilihan raya....hahaha....



surat lahir Obama....











Sumber asal: Kosmo


Betul bah: Rawatan Asap Rokok...



Perang Tembakau Di Indonesia

KELIHATAN seorang wanita sedang menghembuskan kepulan asap rokok ke dalam mulut seorang pesakit yang cengkung dan tanpa baju di sebuah klinik di Jakarta.

Pesakit yang berasal dari Barat itu menderita penyakit emfisema iaitu gangguan salur pernafasan kronik akibat tabiat merokoknya. Namun selain emfisema, kanser dan masalah autism boleh diubati dengan menggunakan rokok. Ini diakui sendiri oleh pihak klinik Griya Balur yang mendakwa bahawa rokok membantu merawat penyakit-penyakit berkenaan.

"Saya merindui suasana ini," jelas salah seorang wanita dalam loghat Amerika yang merupakan pelanggan tetap di klinik itu.

Jika diperhatikan, klinik Griya Balur yang dibuka di kebanyakan negara sudah ditutup kecuali di Indonesia. Klinik tersebut sedang rancak membangunkan perusahaan tembakau yang dianggap menguntungkan.

Meskipun tembakau ditegah kerana boleh memudaratkan kesihatan tetapi klinik seperti Griya Balur, klinik tersebut masih beroperasi seperti biasa tanpa mendapat sebarang gangguan daripada pihak berkuasa. Ini disebabkan kebanyakan pengusaha industri tembakau telah menyalurkan berbilion wang kepada pihak kerajaan.

Bagi merawat penghidap enfisem di klinik tersebut, perawat akan meniupkan asap rokok daripada rokok ketuhanan berteknologi nano bagi mengeluarkan kanser.

Sembuhkan penyakit

Pada masa yang sama, asap rokok ditiup ke dalam telinga dan mata pesakit sambil tangan pesakit memegang secawan aspirin yang diletakkan di sebelah mata kanannya.

Menurut pengasas Griya Balur, Dr. Gretha Zahar, sejak sedekad lalu dia telah membantu menyembuhkan 60,000 pesakit dengan menggunakan asap rokok.

Berlatar belakang doktor falsafah kimia nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, Jawa Barat, Gretha percaya bahawa manipulasi merkuri dalam asap rokok dapat menyembuhkan segala penyakit termasuklah kanser dan melambatkan proses penuaan.


SEORANG pesakit menjalani rawatan untuk merawat penyakit kanser menggunakan tembakau yang dibalut pada tubuhnya menggunakan kerajang aluminium dan kain yang dibasahkan.

"Merkuri adalah penyebab kepada semua penyakit. Di dalam rokok seperti rokok ketuhanan, terdapat bahan-bahan yang membantu mengeluarkan merkuri dari dalam tubuh," katanya.

Di laman webnya, Gretha turut menyatakan bahawa teorinya itu tidak memerlukan sebarang ujian klinikal atau menjadi topik untuk dikupas dalam mana-mana jurnal. Bahkan, dia mengakui memiliki kewangan yang mencukupi sekiranya perlu membiayai sebarang perbincangan yang melibatkan kumpulan saintis perubatan Barat.

Kes Gretha telah dilanjutkan ke Mahkamah Persekutuan. Para petani daripada industri penanaman tembakau di Jawa Tengah mahu mencabar undang-undang yang menyatakan daun tersebut boleh menyebabkan ketagihan.

Profesor Farmakologi dari Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur, Aris Widodo memberitahu, mahkamah bahawa dia tidak pernah mendengar seseorang mati disebabkan tabiat merokok. Dia juga menyatakan bahawa merokok baik untuk kesihatan.

"Merokok dapat menghilangkan perasaan cemas, menajamkan konsentrasi dan menenangkan saraf. Ia juga merupakan alternatif yang paling murah berbanding ubat lain seperti valium,"katanya.

Walaupun ada yang menyatakan tembakau menyebabkan ketagihan dan membahayakan kesihatan tetapi di Indonesia industri tembakau semakin meningkat. Ini disebabkan bilangan anak-anak muda yang menghisap rokok juga semakin bertambah.

Pemandangan individu merokok dapat dilihat di merata-rata tempat sama ada di salon kecantikan ataupun ruang menunggu di klinik gigi. Kadangkala segelintir ibu bapa tanpa rasa bersalah memberikan anak-anak kecil mereka rokok bagi memastikan mereka duduk diam.

Bukan itu sahaja, di kebanyakan konsert pihak penganjur sanggup mengedar tiket dan rokok kepada kumpulan remaja yang datang. Undang-undang tidak membenarkan orang ramai merokok di kawasan awam, namun ia dipandang enteng walaupun telah dikuatkuasakan. Kempen iklan tembakau pula sentiasa ada tidak kira di bahu-bahu jalan atau di kaca televisyen.

Kos sekotak rokok yang berisi 20 batang rokok ialah RM3.50. Ia merupakan perbelanjaan isi rumah kedua tertinggi selepas makanan di kalangan keluarga berpendapatan rendah di Asia Tenggara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kadar merokok di Indonesia telah meningkat enam kali ganda di negara tersebut sejak empat dekad lalu.

Senario itu mengakibatkan 400,000 perokok tegar dan 25,000 perokok pasif mati setiap tahun.

Namun, Indonesia adalah satu-satunya negara di Asia yang tidak melakukan perjanjian bersama WHO Framework Convention untuk mengawal penggunaan tembakau. Sambung Baca


Sumber: Kosmo online

Betul bah: Kilang Mesin Taip Terakhir di Dunia Ditutup...

TUGAS mesin taip sudah diambil alih sepenuhnya oleh gajet lebih canggih terutama komputer.

MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.

Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.

"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."

Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.

Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.

Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja.

Sumber: Kosmo online

Rabu, April 27, 2011

Betul bah: Mashaka, Monyet yg Menjadi Rebutan...

Trend masa kini, monyet pun menjadi teman kanak-kanak...apa yg unik monyet ini adalah, memiliki kelebihan seperti nescafe, milo, nestum dll iaitu 3 in 1....monyet yg bernama Mashaka itu kini pada harga RM52.70 setelah mendapat potongan harga sebanyak 45% pada harga asal RM92...Mashaka yg dimaksudkan adalah patung monyet yg pernah mendapat anugerah Top Toy Award 2007...

Mashaka bukan sekadar berfungsi untuk menghiburkan kanak-kanak tetapi boleh dijadikan bantal & selimut...itu yg dikatakan 3 in 1...hehehe...
apa lagi kelebihan monyet Mashaka ini???

berdasarkan laporan akhbar hari ini...terdapat beberapa ciri-ciri yg memberikan kebaikan @ sebagai satu kelebihan jika dibandingkan dengan patung mainan yg lain...

Ciri-ciri:
  • Mudah dikendalikan oleh si comel anda untuk dijadikan patung, bantal atau selimut
  • Tekstur kain yang lembut, selesa dan selamat digunakan oleh si comel anda
  • Bahan selimut diperbuat daripada bulu lembut yang mempunyai zip di dalam dengan bukaan 44”x34”
  • Selimut boleh dibasuh sama ada menggunakan mesin basuh atau menggunakan tangan. Selimut boleh ditanggalkan daripada beg untuk memudahkan hanya selimut dibasuh.
  • Beg juga boleh dibasuh dan jika menggunakan mesin basuh, anda dinasihatkan untuk menggunakan beg khas (delicates) seperti yang digunakan di kedai-kedai dobi.
  • Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas 100% polyester (bahan tambahan)
  • L: 34.3" x W: 6.3" x H: 15.8"

    laporan penuh si Mashaka [ Metro Mall ]















    Pendidikan: Reunion Karpet Merah Hargai Guru...

    Contoh terbaik utk menghargai sumbangan yg diberikan oleh guru-guru terhadap kita...tertarik dengan laporan ini, aku sekali lagi terpanggil utk melakarkan sedikit catatan ringkas sbb aku juga bekas seorang pelajar...apakah sumbangan aku terhadap guru??? apakah sumbangan kita??? memandangkan tidak lama lagi sambutan hari guru,   jadi, boleh la kita siap-siap utk memberi penghargaan kepada mereka walaupun guru-guru tersebut tidak mengharapkan sesuatu daripada kita...Dengan moto hari guru 2011, "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" yg akan di sambut pada 16 Mei 2011...

    Berdasarkan laporan daripada myMetro,  reunion utk guru-guru tersebut diraikan seperti VVIP dengan hamparan karpet merah utk menyambut ketibaan guru mereka. Kelainan yg dilakukan oleh alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang ini menyebabkan seramai 12  org guru hadir terpegun dengan layanan bekas pelajar mereka...errrmmm, aku sendiri yg baca laporan tu pun dalam hati "waouu, karpet merah, mcm selebriti..." tp itu la hakikatnya kelaianan yg dilakukan utk meraikan guru-guru mereka.....

    Tanpa disedari, sekarang ne 27 April 2011, lebih kurang 2 minggu sahaja lagi utk para pelajar sekolah khususnya utk meraikan hari guru dan umumnya kepada semua bekas pelajar yg masi menghargai guru-guru mereka... klu diikutkan, guru-guru tidak memerlukan pun penghargaan ini tp guru-guru ne manusia juga sama seperti kita...tidak dapat membalas jasa guru dengan ilmu yg diberikan dengan material tidak apa...cukup dengan sekadar ucapan terima kasih sudah menenangkan hati mereka...mcm aku la kan, ada yg meminta bantuan utk buat ne, buat tu..aku tolong dan tidak mengharapkan bayaran @ habuan...tp bila org tu cakap TERIMA KASIH ya sbb sudi membantu....huuuu, serius cakap, sejuk hati....begitu la juga guru-guru yg pernah mendidik kita....

    Aku teringat dengan satu kata-kata seorang pakcik ne..dia cakap dgn aku "nnt klu kau sudah kawin, tinggal berjauhan dgn ibubapa dan kerja pun bagus, jgn sekali-kali panggil dorang datang ke rumah mu...blurrrr aku sekejap, aku tanya knp pakcik??? pakcik tu cakap, sbb dia sudah tua, mau jalan pun kurang tenaga, mata kabur, kaki lenguh, duduk lama dlm bas, sakit badan dan mcm2 lagi...sebaliknya kau la yg bergerak dtg ke rumah org tua....ekkk...tersentak aku....walaupun aku belum kawin lagi....lepas tu pakcik tu  sambung lagi...klu tidak dpt balik jumpa mereka selalu la telefon dan klu gaji, hulurkan la sedikit kepada org tua mu...senang juga hati mereka, tenang juga kau bekerja...adehhhh, tersentuh aku masa tu sbb mmg aku berjauhan dgn ibubapa...hehehe"......so, pesan pakcik ne aku ingat dan guru-guru juga merupakan ibubapa kita di sekolah...
    kita tidak dpt jumpa dia utk bersalaman, ucap terima kasih dlm sms @ FB pun sudah cukup buat hati guru-guru kita....Selamat Hari Guru Kepada Semua guru-guru di Malaysia...Khususnya Guru-guru SMK Pasir Putih dan Mantan Guru SMK Pasir Putih....Xcited nya artikel ne...hari guru lama lagi...tp post...hehehe....tidak apa, utk ingatkan kepada pelajar-pelajar buat persiapan awal utk sambut hari guru....

    member-member yg mau buat reunion tu, ble la ikut contoh dlm laporan my Metro tu ya...hahahaha...........

    Terima Kasih Cikgu...hehehe...

    U like, share...unlike, ignore...Thanks a lot.....

    Hangat: Datuk Jeffry Rosman Di tipu!!! RM39 ribu satu lagu????



    Terkejut aku bila member tunjukkan satu artikel yg menyatakan utk satu lagu perlukan RM39 ribu...biar btol...pada mulanya aku pun tidak ambil peduli dengan member aku tu...tp bila aku dtg dekat dan tengok gambar...Woouu..tu Datuk Jeffry...mcm mana ble masuk dlm berita...so,aku pun baca laporan penuh berita harian online tu....bila aku baca, laporan itu menyatakan bahawa Datuk Jeffry telah diperdaya oleh sesorang utk menebitkan sebuah album dengan mengunakan duit sendiri...setelah memberikan duit tersebut hasil daripada janji utk membuat album langsung tidak kelihatan... yg lebih parah lagi org itu kerap kali meminta duit daripada Datuk Jeffry utk membuat promosi album dan seterusnya menyiapkan album tersebut...

    Walau bagaimanapun, org yg di maksudkan oleh Datuk Jeffry telah menafikan dakwaan beliau sebagai kenyataan Datuk Jeffry itu satu dakwaan tidak berasas dan hanya ingin mendapatkan pablisiti murahan...errrmmm....lepas baca td, aku pun tidak tau mau komen apa sbb tidak tau perkara sebenar dan hanya membaca dlm artikel tersebut... utk mengetahui berita penuh mengenai baca sendiri dlm artikel berita harian...

    ne link dia...klik jak... [bharian]

    Selasa, April 26, 2011

    Lawak: Om Puteh belakon P Ramlee....hahaha...

    Selepas menyaksikan video cik shida dengan miming muka yg pelbagai...ari ne aku mau share satu  video dari YouTube apabila om puteh cakap melayu dgn memegang watak lakonan P.Ramlee...Jauh juga dorang merantau semata-mata ingin belakon ya...lawak plak tu....hahaha...

    satu perkara yg aku kagum dgn dorang ne, lebih popular dgn nama Belacan & Paku...Dorang cakap melayu tu dalam lakonan...walaupun loghat tidak sempurna tp satu contoh bahawa bahasa melayu bahasa yg mudah dan boleh di pertuturkan tidak kira sapa....hehehe...

    mari kita saksikan video ini...kli suka ble share klu tidak abaikan sahaja......



    Pendidikan: Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi & Tingkatan 6 2011

    Senarai tarikh semakan temuduga, tarikh keputusan permohonan dan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi Matrikulasi & Tingkatan 6 untuk tahun 2011.


    MATRIKULASI

    Tarikh Rujukan
    Keputusan Permohonan 28 April 2011 moe.gov.my
    Pendaftaran Pelajar Baru 23 Mei 2011
    Keputusan Rayuan dan Ambilan Kedua Mei 2011
    Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan dan Ambilan Kedua) Jun 2011


    TINGKATAN 6

    Tarikh Rujukan
    Semakan Tawaran ke Tingkatan 6 9 Mei 2011 moe.gov.my
    Pendaftaran Pelajar Baru Mei 2011
    Permohonan Pertukaran Jurusan Mei 2011 Pengetua Sekolah
    Tarikh Tutup Rayuan



    ble share info ne gan member-member d FB k...TQ....


    sumber: http://www.2dayblogger.com

    Jun 2011 Pengetua Sekolah


    Video: Madin Muhammad...Pengganti C.Ronaldo @ Zidane????

    Wouuu...kagum aku tengok video budak ne...aku pun tidak pandai goyang2 lebih dengan bola tu...tp budak ne!!!!....adehhhhhhhhh....mantappppp.....kecik-kecik sudah lincah mengelecek bola, klu besar nnt kompom la terkenal budak ne....umur baru 8 tahun kot tahun ne??? rasanya la...hehehe....skill dia mmg best, ala-ala Ronaldinho pun ada juga budak ne...import awal2 budak ne jadi pemain Malaysia ok juga ne kan????....tp rasanya x perlu, apa kurangnya org kita...hehehe...td aca jak tu.....bah ok la...tengok la sendiri video budak ne...Madin Muhammad..........









    LIKE & Share..............

    Isnin, April 25, 2011

    Info IT: 10 Web Browser Terbaik Dunia...

    Hari-hari kita gunakan dalam carian maklumat terbaru di internet tp baru hari ini aku tau list top 10 web Browser yg terbaik...kita share sama-sama ok...

    1. Mozila Firefox - http://www.mozilla.com/firefox/ 

    2. Google Chrome - http://www.google.com/chrome




    6. Maxthon -  http://www.maxthon.com/

    7. Flock -  http://flock.com/


    9. Deepnet Explore - http://www.deepnetexplorer.com/

    10. PhaseOut -  http://www.phaseout.net/

    sumber:  http://internet-browser-review.toptenreviews.com/

    Video: Salma Mentor nyayi dandut...24/04/2011




    Salma mentor...semua kenal sapa salma...suara high level...semua org like bila video di nyayi di Upload...dan malam ne sekali lagi tidak menghampakan peminat..khususnya peminat daripada Tawau, salma mmg tidak menghampakan...gud luck Salma...

    Mentor 5 2011 : Salma - Penasaran & Kopi Dangdut










    Mentor 5 2011 : Salma & Azlan and The Typewriter - Jeritan Batinku