Fernandes, Kamarudin, SM Nasaruddin ambil alih firma British
SELEPAS mencipta nama dalam industri penerbangan, Datuk Seri Tony Fernandes kini meninjau peluang untuk mengeluarkan kereta sport ‘mampu milik’ susulan pengambilalihan pengeluar kenderaan ikonik British, Caterham Car Ltd.
Beliau yang juga Ketua Eksekutif AirAsia Bhd itu semalam mengesahkan sudah membeli 100 peratus ekuiti pengeluar kereta sport yang berpangkalan di Darfford, Kent itu.Katanya, beliau bersama rakan kongsinya iaitu Datuk Kamarudin Meranum dan SM Nasaruddin, mengambil alih kepentingan ekuiti dalam Caterham daripada Corven Ventures, sebuah firma ekuiti yang sudah membiayai syarikat itu sejak 2005.
Fernandes, bagaimanapun tidak mendedahkan nilai pelaburan yang terbabit dalam urus niaga berkenaan.
“Kami memiliki pengetahuan, komposit dan teknologi Formula Satu (F1). Kami merasakan mampu membina satu lagi perniagaan dalam bidang automotif menghasilkan kereta murah tetapi berprestasi tinggi,” katanya di London semalam.
Populariti Caterham yang diasaskan oleh keluarga Nearn itu muncul selepas ia mengambil alih pengeluaran model terkemuka Lotus Seven yang dihasilkan Lotus Group pada 1973.
Antara model kereta dalam siri Caterham Super 7, yang dianggap kereta ketiga terpantas di atas jalan raya, dijual pada harga kurang 14,000 pound (RM68,000) seunit.
Fernandes berkata, langkah menceburi bidang automotif itu juga adalah selaras dengan falsafah perniagaan yang menjadi pencetus kejayaan AirAsia iaitu berasaskan kadar harga mampu milik.
"Kami tidak perlu mengubah falsafah ini dan pengambilalihan ini memungkinkan kami menghasilkan kereta lebih murah untuk pasaran sukan permotoran Asia yang baru berkembang dan dahagakan jentera mampu milik.
"Kami bukan mahu bersaing dengan Ferrari atau kereta kategori sport lain tetapi kami menawarkan kereta kompetitif pada harga lebih murah," katanya.
Sambil menganggap Caterham sebagai ‘berlian yang belum digilap’, Fernandes turut membayangkan hasrat untuk memperkenalkan satu siri perlumbaan jentera Caterham selain daripada menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kereta itu untuk rantau Asia.
“Kita akan melakukan selangkah demi selangkah, mungkin dengan pengenalan model baru mampu milik dalam tempoh terdekat,” katanya.
Corven sebelum ini menyediakan dana untuk membolehkan dua bekas eksekutif kumpulan Lotus, Ansar Ali dan Gideon Wigger memiliki syarikat berkenaan.
Caterham dilaporkan menjual beratus kereta setahun terutama untuk pasaran Amerika Syarikat, Perancis, Jepun dan Jerman selain laporan modal pusingan syarikat melebihi ratusan juta ringgit.
Sumber: Berita harian
Casino City Hotel - Mapyro
BalasPadamCasino City Hotel is 거제 출장샵 a 40-story skyscraper in Las Vegas, Nevada, U.S.A.. 정읍 출장마사지 View 안성 출장마사지 a detailed profile of the 동두천 출장안마 structure 1010 Las Vegas Boulevard South 창원 출장마사지