Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Teka-Teki jom

EDISI Teka-teki BiasaJawapanya......
Soalan 1:  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin
Soalan 2: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Soalan 3: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Jawapan: Stokin tu basah lah....
Soalan 4: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawapan: Telur
Soalan 5: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Jawapan: Kuih Donut
Soalan 6: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Soalan 7: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Soalan 8: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Soalan 9: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Soalan 10: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Jawapan: Spedometer bas lah...
Soalan 11: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Soalan 12: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Soalan 13: Kenapa mayat dibungkus kain putih? Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
Soalan 14: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
Soalan 15: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
Soalan 16: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
Soalan 17: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
Soalan 18: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
Soalan 19: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. Jawapan: Tapak kaki kitalah.
Soalan 20: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
Soalan 21: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
Soalan 22: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
Soalan 23: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
Soalan 24: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah "dan"
Soalan 25:Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu? Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
Soalan 27:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Soalan 28: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....
Soalan 29: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Jawapan: Buang tebiat
Soalan 30: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Soalan 31: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?  Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Soalan 32: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Soalan 33: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
Soalan 34: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?
Soalan 35: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak? Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Soalan 36: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku? Jawapan: Pisang Goreng
Soalan 37: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
Soalan 38: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
Soalan 39: Apakah haiwan yang berkaki 3? Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
Soalan 40: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Soalan 41: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
Soalan 42: Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Soalan 43: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Soalan 44: Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Soalan 45: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? Jawapan: Anak mancis daaa.
Soalan 46: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal... ha...ha...ha..
Soalan 47: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 48: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
Soalan 49: Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)
Soalan 50: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.
Soalan 51: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.   Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2- Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah

Jawapan:
EDISI Teka-teki Pantun                                          Jawapanya..................................................                      
Soalan 1: 
Terbang tinggi si burung helang,
Hinggap di atas pohon meranti,
Anak ramai ibunya seorang, 
Bila bergesel berapi-rapi? .
Jawapan: Mancis
Soalan 2: 
TAda tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Soalan 3: 
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Soalan 4: 
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Soalan 5: 
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Soalan 6: 
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut bertali
Soalan 7: 
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Jawapan: Ular dan Katak
Soalan 8: 
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Jawapan: Lemang
Soalan 9: 
Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
Jawapan: Belon
Soalan 9: 
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
Jawapan: Payung
Soalan 10: 
Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?
Jawapan: Mayat
Soalan 11: 
Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
Jawapan: Anai-anai-/Semut

Jawapan:

Jawapan: 

Jawapan: 

Jawapan: 

Jawapan: 

Jawapan: 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan