The Sanggar Pappek....
Assalamualaikum dan slmt sejahtera kpd semua pembaca...kebetulan saya ne merupakan anak keturunan darah bugis...so,ari ne ingin rasanya share maklumat mengenai sejenis makanan tradisi org bugis...mungkin bagi yg baru pertama kali dengar nama makanan ne akan rasa lain mcm jak...nama agak pelik sikit dan klu mau sebut nama makanan ne kena hati-hati dan sebut btol2...klu salah sebut maksud akan lari dan memalukan diri sendiri...makanan tradisional yg aku maksudkan adalah SANGGAR PAPPEK. sanggar pappek amat terkenal dalam kalangan suku bugis terutamanya di bahagian Sabah "Tawau, Sandakan, LD dan sebahagian drpd penduduk KK, dan kunak"...klu di semenanjung agak kurang walaupun terdapat suku bugis seperti Johor, Selangor dan Perak...
"ne dia rupa bentuk makanan tu"
ok..aku mau kongsikan cara-cara utk membuat makanan ne....caranya sgt2 simple dan kos yang paling rendah...sanggar pappek ne di perbuat drpd pisang biasa yang masi mentah...
bahan-bahan:
1.pisang mentah
2.minyak masak
bahan utk sambal:
1.tomato
2.cili
3.belacan
4.halia
5.garam
perkakasan lain:
lesung @ apa-apa yg boleh digunakan utk meleperkan"melenyekkan" pisang.
cara pertama, buangkan kulit pisang td, basuh dan pada masa yg sama panaskan minyak...
setelah minyak panas secukupnya, masukkan pisang yg telah dibasuh goreng hingga kekuningan...
kemudian, angkat pisang tadi, tumbuk guna lesung @ apa-apa jak hingga pisang tersebut leper kemudia goreng semula hingga garing...naikkan pisang kemudian hidang di pnggan yg berasingan...
cara buat sambal...seperti biasa menggunakan contoh bahan2 di atas........
sedap dihidangkan bersama keluarga dlm keadaan pisang masih panas....
"contoh sambal...apa-apa sambal pun ble tp kebiasaannya sambal belacan lagi sedap"
selamat mencuba kpd semua n aku pun dah cuba tp mcm mau lagi rasanya...
sedap.....gud luck.....yehhhhhhhhhh....
Kedai Baru Buka.....
As'salam....lama sdh mau post pasal kedai ne....baru ari ne ada kesempatan dan kerajinan utk menaip di blog... Sebuah kedai kecil yg terletak di sudut bangunan Grace Plaza Tawau
"BB Garage"...pemilik kedai ne ialah member aku brother BB yg sekarang ne menetap di Kg Pasir Putih....tujuan aku menaip di blog pasal kedai ne bagi memPromote sikit Kedai ne utk menarik minat pengunjung datang...walaupun tidak beli tp sekurang-kurang ramai yg tau kedudukan Kedai ne..hehehe....
"ne dia kedudukan kedai BB Garage"
Kedai ne di buka setiap hari dan menjual barang-barang pakaian sukan seperti Adidas, Nike, Kappa, Lotto dll....selain itu terdapat juga pakaian harian terkini sprt CK, Levis, Croc, asic, dan sebagainya....
"barang-barang dlm kedai ne..mari la tengok.."
"kasut asic RM125...harga ble runding lagi"
"sandal yg terdapat di Kedai ne"
sekiranya anda ingin membeli pakaian yg murah-murah dtg sahaja ke kedai ne...setiap barangan yg dijual dgn harga yg berpatutan sesuai dgn kemampuan dan taraf hidup penduduk tawau...setiap harga bukan la harga tetap tetapi masi boleh tawar-menawar....selain itu, terdapat juga brangan yg boleh di tempah dulu @ order byk seperti pakaian sukan "jersi one set"....maklumat lanjut hubungi terus kepada pemilik kedai Brother BB = 016-8387585 @ usuf = 013-5521770...
"T-shirt Adidas berkolar.."
"seluar futsal paras lutut....adidas, nike, kappa, Line 7"
Pelancaran Facebook PEMADAM...
Tidak pernah terlintas utk aku hadir ke Dewan masyarakat pada hari ini...plan utama aku di pagi Khamis ini ialah utk hadir ke tempat praktikal utk bertemu dgn member-member dan staff sblm aku berangkat ke Labuan InsyaAllah ptg ne...walau bagaimanapun, aku di pelawa oleh MY BRO..En.Imran utk follow dia ke SMK Pasir Putih "sekolah lama ku" sblm menghadiri majlis pelancaran facebook PEMADAM "Persatuan Mencegah Dadah Malaysia". Pelancaran Facebook tersebut telah di sempurnakan oleh YB Datuk Hj. Taufiq DSP Abubakar Titingan, merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah.
Pengisian pertama Pelancaran ini adalah penerangan pengenai bahaya Dadah yg disampaikan oleh seorang Pegawai Polis Narkotik Tawau. sblm pelancaran tersebut,ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Tuan Hj. Ismail Mayakob.
"penerangan mengenai kesan dadah"
"ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis"
"pelancaran disempurnakan "
Hadirin yg hadir dlm pelancaran ini di anggarkan seramai 250 org yg terdiri drpd pelajar sekolah, seperti "SMK Pasir Putih, Smk Kuhara, SMK Tawau Dan sebagainya". selain itu, Rela dan Pusat Tahfiz Bombalai juga turut dijemput utk mendengar taklimat pelancaran ini. Semasa Pelancaran, YB Datuk Taufiq telah memberi sumbangan Sebuah Set Komputer utk kegunaan Pemadam mengendalikan Facebook rasmi tersebut dan beliau juga telah meyatakan bahawa PEMADAM Daerah Tawau merupakan yg teraktif mengadakat aktiviti di Sabah dan seterusnya mendapat pengiktirafan oleh pihak luar. Oleh itu, Belau berkata "dengan pengiktirafan ini, Pemadam Daerah Tawau juga perlu memainkan peranan dlm menurunkan peratusan pengurangan Dadah di Daerah ini sesuai dengan pengiktirafan yg di berikan."
"penyampaian sumbangan kepada PEMADAM"
Acara terakhir sblm jamuaan adalah Mesyuarat Tahunan PEMADAM 2011. setelah selesai mesyuarat tersebut yg berlangsung hampir sejam, Dua Ahli baru tertinggi telah di lantik bagi megendalikan PEMADAM Daerah Tawau.
Oleh itu, Semua pihak berharap agar Persatuan ini mencapai matlamatnya sekaligus mengurangkan penyalahgunaan dadah dlm masyarakat umumnya dan khususnya golongan belia daerah tawau.
"pelajar tahfiz yg fokus mendengar taklimat"
"Tuan Hj.Ismail mendengar penerangan daripada AADK"
"sesi bergambar: YB Datuk Taufiq bersama tetamu yg hadir"
"alamat:laman facebook PEMADAM "
sekian ini sahaja perkongsian saya...
Terima Kasih...........
makan-makan sambilan....
Assalamualakum kpd semua... sblm meneruskan catatan ini terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kpd penaja makan t/hari kami KAK Oring & penaja pengangkutan KAK Suriati...Thanks KAK...hehehe...sebenarnya saya mau post di sini mengenai "makan-makan sambilan"...hari-hari last praktikal ne sempat juga saya keluar gan member & staff pegi makan-makan di sebuah gerai yg agak terpencil...yg best nya...gerai ini x mempunyai nama tp makanan semua ternama...ari ne jak aku makan sejenis makanan yg agak pelik tp sedap iaitu Gado-gado sambil-sambil minum Cendol Santan....
"ne dia penaja utama makan t/hari kami & penaja pengangkutan"
Memang puas hati dpt makan d gerai ne...kecil-kecil tp ramai juga peminat yg berkunjung ke gerai ne...kedudukan gerai ne terletak di Kg Titingan,Tawau berhadapan balai Polis Titingan...selain penduduk kampuang tersebut, terdapat juga org luar yg dtg utk menjamu selera seperti aku ari ne la...hehehe...
"Gado-gado harga RM4.00"
"Cendol Santan harga RM2.00"
Dalam keseronokan mengambil gambar, yg lain hampir selasai menamatkan hidagan yg di order td...hanya aku jak yg lamabat makan...x ble jadi ne...aku pun apa lagi terus jak menikmati hidagan yg berada d hadapan ku...mmg sedap, x rugi dpt makan di gerai ne...ada byk lagi makanan yg best-best tp ari ne aku mau rasa Gado-gado...
gerai ne ada jual "Soto Banjar, Nasi Lalap, Cendol Susu, dan macam-macam lagi"
"tengok tu, bukan main lagi...hahaha.."
sebenarnya, bila dtg makan di gerai ne, makan sepingan tidak cukup sbb rasa dia lain dari yg lain, sedap dan cukup rasa...aku pun first time dtg makan di gerai ne...so,tidak rugi utk dtg seketika menjamu selera....yehhhhhhhhhhh...
"tak kenal,maka tak cinta"
"rasa sekali mesti nak lagi"
"blom rasa byk complain, dah makan byk suspen"
sbb mmg sedapppppppppppppp.......
last sekali, Thanks sekali lagi kepada semua member-member praktikal n staff BKTM d MPT ne...
jumpa lagi next time...
next week insyaAllah mau pegi Labuan...............
hehehehe...............
"makan terus, jgn fikir apa...hehe..."
"Licin Ooo...ish3x...pingan sapa la ne??? ermmm...hehehe."
"pengunjung lain yg sempat posing menyedari kehadiran kami utk ambil gambar...
peace2...hahaha...."
Dana Untuk Belia Kreatif
Golongan belia di negara ini diakui kreatif.
Malangnya, mereka tidak cukup modal.
Tidak mahu kreativiti golongan itu dipersia-siakan, dana Beliau Satu Malaysia berjumlah RM20 juta disediakan.
Syaratnya cukup mudah.
Tidak ada birokrasi, asalkan projek berkaitan perpaduan dan pembangunan belia, serta memberi kesan kepada komuniti setempat.
Ia dilancarkan Perdana Menteri petang tadi, bertujuan memberi geran kepada projek pembangunan belia dan perpaduan.
Pelancaran Dana Belia Satu Malaysia disempurnakan Perdana Menteri.
Diberi dalam bentuk geran, dana diperuntukkan One Malaysia Development Berhad, 1MDB.
Ia dibuka kepada rakyat tempatan berusia 15 hingga 40 tahun.
Asalnya, Dana Belia Satu Malaysia dicadangkan Makmal Pemuda BN tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak: "Ruang kreativiti di kalangan belia supaya yang menghadkan ialah kemampuan berfikir sahaja. Tetapi asalkan ada idea baik, bernas dan idea itu selaras dengan gagasan untuk negara Satu Malaysia, untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dalam konteks ' nation building'.
Syarat kelulusan dana, projek dikemukan perlu kreatif, memupuk perpaduan dan memberi kesan kepada penduduk setempat.
Misalnya, projek berbentuk filem, alam sekitar dan kemasyarakatan.
Program realiti televisyend dan radio juga dijalin bersama Media Prima Berhad, agar juri dapat menentukan siapa layak mendapat dana berkenaan.
Mengetuai panel, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin. Panel akan menimbang cadangan sebelum diserah kepada Perdana Menteri untuk kelulusan.
Makluamt lanjut mengenai dana boleh dilayari di laman web 'www.1mdb.com.my/danabelia'.
sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Dana_Untuk_Belia_Kreatif.html
Lelaki dan wanita
Kegagahan seorang lelaki dilihat semasa berlaku masalah, sekiranya dia boleh mengawal perasaan marah maka dia la lelaki yg gagah, jika berlaku sebaliknya dia sebenarnya adalah lelaki yg lemah kerana tidak mampu mengawal emosi. Wanita pula jgn di sangkah lemah, kekuatan wanita sering berlaku apabila mampu menundukkan lelaki dengan pujuk rayu mereka. kisah ini pernah di ceritakan dlm Al-Quran bagaimana seorang wanita yg bernama Asiyah yg melembutkan hati Firaun laknatullah drpd membunuh bayi kecil iaitu Nabi Musa a.s..kata-kata Asiyah begitu mudah “Janganlah membunuhnya. Dia adlh penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Mudah-mudahan ia bermanfaat bagi kita atau kita ambil ia menjadi anak.” Huhuhu….tewas keraajan firaun yg dilaknat.
“Pandang la wanita dengan penuh keimanan dan lihat la lelaki dengan ketakwaan”…semoga apa yg kita lakukan tidak berpandukan akal fikiran dan nafsu semata-mata. Wanita utk dibimbing dan lelaki itu adalah pemimpin. Wanita begitu mudah utk menjejakkan kaki ke syurga yg Allahs.w.t telah sediakan apabila dia:
1. Mengamalkan perintah Allah s.w.t.
2. Taat pada suami.
3. Menutup aurat dgn sempurna.
Tetapi golongan ini juga yg byk menjadi penghuni N***** nauzubillah, hingga mampu megheret lelaki sekali ke dlm nya… kepada lelaki, anda adalah pemimpin dan bertanggungjawab dgn amanah ini..wanita perlukan bimbingan anda krn mungkin dia adlh tulang rusuk anda yg bengkok itu.. “jgn la cuba utk meluruskannya kerana takut ia patah dan jgn pula membiarkannya krn bimbang akan terus membengkok ttp pimpin la dia dengan agama di dada” …
Keadaan menjadi huru-hara bila mengetahui wanita tidak tahu memasak dan mungkin sekali akan di reject ttp bagaimana sekiranya lelaki tidak menjaga solat dan tidak mampu menjadi imam utk isteri dan keluarga, lebih2 lagi kepada jemaah di masjid atau surau… agak2 layak ka menjadi suami anda??? “Tepuk dada Tanya iman…” lelaki yg baik utk wanita yg baik dan sebaliknya…ttp ada juga lelaki yg kurang baik utk wanita yg baik2 dan sebaliknya…ini sebenarnya ujian dan ada hikmah disebaliknya… “sekiranya lelaki melakukan kesilapan jgn la di benci dan sekiranya wanita melakukan kesalahan jgn pula di caci”
Hati manusia dlm genggaman Allah s.w.t…bila-bila masa boleh berubah dangan berkat doa kita. Ingat la, Allah s.w.t itu maha adil dan mengetahui setiap apa yg berlaku. kita mampu utk merancang ttp yg menentukan semua adalah Allah s.w.t… wanita itu cukup istimewa kerana itu Allah s.w.t telah menurunkan satu surah dalam Al-Quran yg menceritakan tentang wanita iaitu Surah An-Nisa (Wanita). Begitu juga dengan lelaki kerana begitu mudah utk mendapatkan ganjaran pahala drpd Allah s.w.t….ada beberapa perkara khas utk lelaki yg akan mendapat perlindungan drpd Arash Allah s.w.t:
1.Pemimpin yg adil
2.Pemuda yg menggunakan masanya di jalan Allah.s.w.t
3.Seorang lelaki yg hatinya sentiasa terpaut pada MASJID
4.Orang-orang yg bertemu dan berkumpul serta berpisah kerana Allah.s.w.t
5.Seseorang yg bersedekah dengan tangan kanannya tetapi tangan kirinya tidak mengetahuinya
6.Seorang lelaki yg DIGODA oleh WANITA lalu dia mengatakan sesunguhnya aku takut kepada Allah s.w.t
7.Seorang yg bersunyi diri lalu mengalirkan air matanya kerana Allah s.w.t.
Lelaki dan wanita adalah sama, masing mempunyai kelebihan yg tersendiri ttp semua berlandaskan apa yg anda inginkan. “Seorang pemuda yg dlm genggaman nya ada seekor burung telah dtg kepada org tua dan ingin memberi soalan, adakah burung itu hidup atau mati. Org tua memberi jawapan mudah, semua ada dlm genggaman anda, jika anda ingin burung itu hidup maka bebaskan la ia,ttp jika ingin ia mati terpulang pada diri anda sendiri”
Kita ingin menjadi lelaki yg gagah dan wanita yg baik semua terpulang kepada diri masing-masing kerana semua dlm genggaman kita. Ingin menjadi yg baik berusaha la mencarinya dr sekarang selagi ada masa yg diberikan. Ruang dan peluang masi terbuka luas utk kita semua. Segulung ijazah 3 tahun utk mendapatkannya dan mungkin 4 atau 5 tahun dengan perbelanjaan yg amat besar tetapi ilmu agama perlukan masa yg sedikit kita berikan utk pelajarinya mungkin di masjid atau surau ada majlis-majlis agama, masa ne la kita gunakan…walaupun tidak byk tetapi sekurang-kurangnya ada drpd langsung tidak ada.. apa yg penting setiap ilmu yg kita ada perlu disampaikan walau pun sedikit.
Semoga kita semua dpt amalkan dan sampaikan ilmu yg kita ada dan sentiasa berdoa kpd Allah s.w.t agar ilmu yg kita ada sentiasa bermanfaat… “ilmu tanpa amal rugi, amal tanpa ilmu sia-sia dan tanpa ilmu dan amal mcm org gila” semoga saya juga ada kekuatan utk amalkan apa yg telah saya sampaikan. insyaAllah….
4 PETUA
Assalamualaikum kepada semua...sekali lagi saya ingin berkongsikan ilmu yg saya miliki utk kita sama-sama mengamalkan setakat kemampuan kita...ada beberapa petua yg telah di berikan oleh IMAM SYAFIE rah.a utk kita dlm kehidupan seharian...
4 perkara yg menguatkan badan;
- makan daging
- memakai haruman
- kerap mandi
- berpakaian drpd kapas
4 perkara yg melemahkan badan;
- byk berkelamin (bersetubuh)
- selalu rasa cemas
- banyak minum air ketika makan
- byk makan makanan yg masam
4 perkara yg menajamkan mata;
- duduk menghadap kiblat
- bercelak sebelum tidur
- memandang benda yg hijau
- berpakaian yg bersih
4 perkara yg merosakkan mata;
- memandang najis
- melihat org yg d bunuh
- melihat kemaluan
- membelakangkan kiblat
4 perkara yg menajamkan fikiran;
- tidak byk berbual kosong
- rajin bersugi (miswak)
- bercakap dengan org soleh
- bergaul dgn para ulama
4 cara tidur;
- Tidur para Nabi a.s - tidur terlentang sambil memikirkan kejadian langit dan bumi
- Tidur para Ulama dan Ahli ibadah - miring ke sebelah kanan utk memudahkan terjaga utk solat malam
- Tidur para raja yg haloba - miring ke sebelah kiri utk mencernakan makanan yg byk d makan
- Tidur Syaitan - menelengkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka
WALLAHU A'LAM.....
SEMOGA APA YG BETUL DAN BAIK ITU KITA DAPAT AMALKAN DAN SAMPAIKAN....
7 GOLONGAN YG MENDAPAT PERLINDUNGAN ARASH ALLAH S.W.T
Assalamualaikum kepada semua...dengan kesempatan yg ada ini...sekali lagi saya ingin berkongsikan tentang 7 golongan yg akan mendapat syafaat pada hari akhirat kelak...dengan ilmu yg tidak seberapa ini, semoga ia memberi manfaat kepada kita semua...
1.Pemimpin yg adil
2.Pemuda yg menggunakan masanya di jalan Allah.s.w.t
3.Seorang lelaki yg hatinya sentiasa terpaut pada MASJID
4.Orang-orang yg bertemu dan berkumpul serta berpisah kerana Allah.s.w.t
5.Seseorang yg bersedekah dengan tangan kanannya tetapi tangan kirinya tidak mengetahuinya
6.Seorang lelaki yg DIGODA oleh WANITA lalu dia mengatakan sesunguhnya aku takut kepada Allah s.w.t
7.Seorang yg bersunyi diri lalu mengalirkan air matanya kerana Allah s.w.t
semoga kita dapat beramal dan sampaikan....
3 PERKARA YG MENJADI KESUKAAN....
Assalamualaikum w.t.b...kepada semua yg mengenali diri ini @ tidak...saya ingin menukilkan 3 perkara yg menjadi kesukaan kepada Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w, Jibril a.s dan para sahabat r.a yg unggul....selain dapat berkongsi sedikit ilmu, semoga saya juga dpt amalkan setakat kemampuan kita perkara-perkara tersebut....
NABI S.A.W...
1.wangi-wangian
2.mengahwini wanita
3.bersolat
ABU BAKAR r.a
1.melihat wajah Nabi s.a.w
2.menggunakan harta utk Nabi s.a.w
3.anak wanitanya dikahwinkan dengan Nabi s.a.w
UMAR r.a
1.amal makruf (membuat kebaikan)
2.nahi mungkar (mencegah kemungkaran)
3.memakai pakaian usang
UTHMAN r.a
1.beri makan kepada org yg lapar
2.beri pakaian kepada org yg x berpakaian
3.membaca Al-Quran
ALI r.a
1.melayan tetamu
2.berpuasa d hari yg panas
3.memancung kepala musuh
JIBRIL a.s
1.memimpin org yg sesat
2.belas kasihan kepada org miskin yg soleh
3.kasih kepada org miskin yg ramai anak
ALLAH S.W.T
1.hambanya yg menggunakan keupayaan diri dan hartanya dijalan Allah S.W.T
2.hamba-hambanya yg menangis mengenangkan dosa-dosanya kerana Allah S.W.T
3.hamba-hambanya yg sabar...
renung-renungkan lah, semoga kita ambil iktibar, amal dan sampaikan......