Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Mei 07, 2011

Mohon Kerja ala-ala macam syarikat sendiri...

Secara amnya, bila kita nak mohon pekerjaan ataupun memohon tempat untuk menjalankan latihan industri, seseorang perlu tahu cara yang tepat untuk berurusan...Tidak kira syarikat atau organisasi tersebut dikenali atau pun tidak...Apatah lagi mohon kerja dengan hantar surat ala ala pesanan ringkas untuk kawan kawan rapat...Jika dinilai secara logiknya, dari surat permohonan atau pun lebih tepat cara memohon pekerjaan itu menentukan calon benar benar serius dan komited dengan permohonannya...Namun jika anta surat pun guna email copy and paste apatah lagi kalo sekadar anta short notice email kepada sesebuah syarikat...Baru-baru ini membaca artikel dari sebuah blog yang menyatakan insiden yang dihadapinya dengan permohonan tempat latihan industri atau praktikal seseorang pelajar...Sadis sekali membaca email-email yg dihantar oleh pelajar kepada syarikat tersebut...Ada sesetengah yang main anta email guna short form word...Sedangkan pernohonan itu dianggap rasmi...Biarlah mengikut protokol kalau nak membuat permohonan...Lebih teruk lagi bila si penulis menerima satu email yang perlukan perhatian segera dan mengarah penulis untuk memanggil semula pemohon dengan kadar yang segera...Logikkah seorang pelajar untuk berbuat demikian? Mana pergi etika seorang pelajar dalam membuat permohonan...Terutamanya permohonan praktikal...Jadi kepada pelajar pelajar atau mahasiswa atau pun sesiapa sekalipun yang ingin membuat permohonan tidak kira permohonan pekerjaan ataupun permohonan praktikal, perkara ini adalah urusan rasmi...Tidak susah untuk menulis sekeping surat rasmi untuk menyatakan permohonan...Walaupun sekadar copy and paste tapi biarlah beretika...Kerana dari situ sebenarnya anda dinilai...Sama samalah belajar untuk memperbaiki diri....
Artikel lengkap - Bijakkah Pelajar Kita? Perhatian kepada "Practical Student"

1 ulasan:

  1. artikel lengkap telah berpindah ke : http://khairulabdullah.com/2011/05/bijakkah-pelajar-kita-perhatian-kepada-practical-student%/

    BalasPadam