85 ribu peyokong hadir memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil utk memberikan semangat kepada pasukan bola sepak Malaysia...ne kira laporan ringkas aku setelah menjadi salah seorang daripada peyokong yg hadir ke Stadium td....penat tidak kisah yg penting kepuasan dan semangat satu hati peyokong-penyokong utk bersorak dan mengibarkan Jalur Gemilang...walaupun tersingkir dlm edisi kelayakan piala dunia 2014, tetapi semangat kesukanan dlm kalangan rakyat Malaysia mula hadir, aku sendiri kali pertama melihat peyokong bola sepak Malaysia memenuhi stadium bukit jalil utk memberikan sokongan padu...tahniah...ada rezeki kita cuba lagi...aku sendiri dtg dari Sabah utk melihat perlawanan ini, iaitu Malaysia vs Singapura dlm aksi timbal balik...
Harimau Malaya sinonim dgn pasukan bola sepak Malaysia...bagi aku, Harimau Malaya lebih layak masuk ke pusingan seterusnya berbanding Sang Singa...dengan pemain IMPORT yg ramai dlm pasukan tu, mmg sudah cukup utk dipertikaikan...pemain import singapura tu pun bukan baik sgt main...Safee Salih lagi bagus...bukan aku tidak terima kenyataan yg Harimau Malaya kalah...tp klu diikutkan, Singapura tidak layak utk menyertai persaingan ne dgn menggunakan pemain import...satu kain rentang di stadium td "100% Malaysia, no foreigner $!"....apa-apa pun benda ne sudah berlalu....jadi biarkan berlalu....
Apa yg perlu adalah, perbaiki mutu persembahan bola sepak Malaysia dlm semua aspek...masi banyak kelemahan yg aku lihat dlm perlawanan td...dangan drama Sang Singa yg menjadi...Singa berjaya merosakkan rentak permainan Harimau Malaya...Bagi aku, Singapura juga tidak yakin akan menang dlm perlawanan malam ini...sbb nya, perlawanan ini berlangsung di Malaysia,dorang sudah tau sokongan padu dr peyokong akan melonjakkan semangat pemain Harimau Malaya...jadi, apa yg dorang boleh buat adalah perang psikologi...
Perang psikologi Sang Singa berjaya melunturkan semangat pemain Harimau Malaya walaupun medahului dengan jaringan sulung perlawanan pada masa kedua...sokong sudah sokong,main??? sudah juga main...tp pemain Malaysia kurang kekuatan psikologi utk mengimbangkan tekanan utk mendapatkan jaring seterusnya dengan drama lakonan pihak lawan...kesannya,lawan menyamakan kedudukan hingga wisel penamat di tiup... byk juga serangan berbahaya ke gawang Singapura, tetapi gagal menyudahkan dgn baik akhirnya, kecewa di gelanggang sendiri...
walau bagaimanapun...masi ada masa utk memperbaiki mutu perlawanan dan kuatkan psikologi serta gaji pemain... go Hariamau Malaya...gempur gelanggan dunia....cehhhh...semangat.....hehehehe..........