Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Mei 08, 2011

Kasih Ibu Membawa ke Syurga

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita mengukurnya. Bak umpama air dicincang tidak akan putus, begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu.

Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hatimu bersedih, dikau sanggup menyembunyikan kesedihanmu itu demi membuatkan anak-anakmu bahagia. Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah SWT.Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandanganAllah.

 Akhirnya, sebagai kesimpulan hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu, tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya.Siapa induk itu? Induk itulah ibu.Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah.Muliakanlah ibu-ibu kami.

Sempena Hari Ibu ini, cuba kita imbas kembali pengorbanan seorang ibu terhadap kita...Baru baru ini, seorang ibu telah berkorban demi menyelamatkan nyawa anak-anaknya yang terperangkap dalam kebakaran...Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam. Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu.

Adakah kita sanggup untuk berbuat sebaliknya jika ibu kita yang ditimpa kemalangan...Pengorbanan seorang ibu tiada ganti nilainya...Jadi sebagai seorang anak jagalah hati ibu...Janganlah sesekali meninggikan suara apatah lagi memukul ibu...Banyak kes-kes anak pukul ibu atau ayah terpampang di dada akhbar...Hilang sudah perikemanusiaan anak itu terhadap ibu yang telah menjaga anaknya dengan pebuh kasih sayang...Tidak pernah mengeluh malah menghadapinya dengan penuh kesabaran...Sejak kita sebagai anak dalam kandungannya lagi...Jadi sebagai anak tidak ada salahnya kita meraikan hari ibu ini...Sekadar untuk menggembirakan hati ibu...Percayalah walaupun hanya seketika, hati seorang ibu itu bagaikan berbunga mekar bila melihat anak-anaknya menggembirakan hatinya...Jadi Hari Ibu ini khas sebenarnya agar anak-anak ingat akan ibu mereka...Buat ibu yang tercinta terima kasih atas segala-galanya...Terima kasih kerana melayan kerenah nakal anakmu ini...Terima kasih Ibu...Love you so much Mak...Sempena Hari Ibu ini ku tujukan lagu A Song For Mama khas buat ibuku yang tercinta...

Artikel penuh akhbar - Berita Harian

Sabtu, Mei 07, 2011

Mohon Kerja ala-ala macam syarikat sendiri...

Secara amnya, bila kita nak mohon pekerjaan ataupun memohon tempat untuk menjalankan latihan industri, seseorang perlu tahu cara yang tepat untuk berurusan...Tidak kira syarikat atau organisasi tersebut dikenali atau pun tidak...Apatah lagi mohon kerja dengan hantar surat ala ala pesanan ringkas untuk kawan kawan rapat...Jika dinilai secara logiknya, dari surat permohonan atau pun lebih tepat cara memohon pekerjaan itu menentukan calon benar benar serius dan komited dengan permohonannya...Namun jika anta surat pun guna email copy and paste apatah lagi kalo sekadar anta short notice email kepada sesebuah syarikat...Baru-baru ini membaca artikel dari sebuah blog yang menyatakan insiden yang dihadapinya dengan permohonan tempat latihan industri atau praktikal seseorang pelajar...Sadis sekali membaca email-email yg dihantar oleh pelajar kepada syarikat tersebut...Ada sesetengah yang main anta email guna short form word...Sedangkan pernohonan itu dianggap rasmi...Biarlah mengikut protokol kalau nak membuat permohonan...Lebih teruk lagi bila si penulis menerima satu email yang perlukan perhatian segera dan mengarah penulis untuk memanggil semula pemohon dengan kadar yang segera...Logikkah seorang pelajar untuk berbuat demikian? Mana pergi etika seorang pelajar dalam membuat permohonan...Terutamanya permohonan praktikal...Jadi kepada pelajar pelajar atau mahasiswa atau pun sesiapa sekalipun yang ingin membuat permohonan tidak kira permohonan pekerjaan ataupun permohonan praktikal, perkara ini adalah urusan rasmi...Tidak susah untuk menulis sekeping surat rasmi untuk menyatakan permohonan...Walaupun sekadar copy and paste tapi biarlah beretika...Kerana dari situ sebenarnya anda dinilai...Sama samalah belajar untuk memperbaiki diri....
Artikel lengkap - Bijakkah Pelajar Kita? Perhatian kepada "Practical Student"

Rabu, Mei 04, 2011

Info IT: Nasib Friendster dengan kehadiran Facebook...


Aku masi ingat lagi sebelum kehadiran Facebook ne, masa tu org semua berlumba-lumba utk membuat akaun dlm laman sosial Friendster  dan aku sendiri ada buat akaun di Friendster ne... tp sekarang password pun aku lupa...hehehe....aku baru sahaja membaca tentang nasib Friendster ne, dlm artikel tu bagi tau, pada awal nya, Friendster merupakan laman sosial yg cukup terkenal...namun, setelah kehadiran Facebook ke dunia teknologi ne, Friendster semakin dipinggirkan dan dilupakan langsung oleh pengguna. 

Ada yang mengatakan bahawa, pada awal penubuhan Friendster pada 3 Januari 2001, kedudukan dlm ranking dunia laman yg paling popular, Friendster menduduki tempat ke-7 dan hingga kini mempunyai pengguna seramai 50 juta org 1/10 drpd jumlah pengguna laman sosial Facebook setelah menakluki dunia media sosial setelah ditubuhkan pada 2004.

Setelah Friendster tengelam dgn Facebook, Group Chief Executive Officer Friendster, Ganesh Kumar Bangah.  membuat keputusan utk menutup Friendster pada 31 Mei 2011 drpd laman sosial tetapi akan beralih fungsi utk permainan game dan muzik....ne la nasib Friendster, "apo nak d kato"  lagu Blues Geng...hehehe....

ne rangking laman popular sekarang:
1. Google (google.com)
2. Facebook (facebook.com)
3. YouTube (youtube.com)
4. Yahoo! (yahoo.com)
5. Blogger (blogspot.com)
6. Baidu (baidu.com)
7. Wikipedia (wikipedia.org)
8. Windows Live (live.com)
9. Twitter (twitter.com)
10. QQ.COM (qq.com)
...
1.009. Friendster (friendster.com)


Isnin, Mei 02, 2011

Video: Nasihat Dr Fadhilah Kamsah Mengenai Masalah Keluarga....

Klu sebut pasal perselisihan rumahtangga tu biasa la...bak kata P.Ramlee, "Sedangkan Lidah lg Tergigit ini kan pula suami isteri" hehehe....setiap masalah ada penyelesaianya..."Masalah Semasa disebabkan oleh Pemikiran Semasa".....dengar nasihat ne sama-sama k....



Hangat: Obama vs Osama???


Obama bangga dan membuat kenyataan bahawa dia sudah berjaya membunuh Osama, dengan kejayaan ini bermakna sekali lagi AS berjaya menipu seluruh dunia apabila kita pecaya kata-kata AS ne...sapa Osama???dan sapa plak Al-Qaeda??? cuba baca kenyataan B@#*H Obama ne...mungkin tidak keterlaluan utk aku cakap mcm tu dengan dia ne...mengatakan org ne pangganas, negara tu pengasas keganasan...tp dia sendiri melahirkan pengganas dan menggalakkan keganasan di negara org...huhuhu....emo, emo ne...hehehe

Presiden AS itu cakap, Osama bin Laden maut dlm satu pertempuran di PAKISTAN dan kini JENAZAH Osama dlm SIMPANAN AS....hahaha...lawakkkk....mau simpan buat koleksi ka??? @ saja mau buat spekulasi utk memutar belitkan kesilapan yg dorang sudah buat dan kini terbongkar....mungkin la kan, ini salah satu cara utk menarik minat dunia semula utk mempercayai kehadiran Osama dan Al-Qaeda setelah terdapat individu membongkar rahsia dlm bentuk Video sekutu syaitan ini utk menghancurkan negara-negara ISLAM....

Setelah berjaya di Afghanistan, Iraq, dll...kini target dia Libya dan mungkin juga selepas Libya adalah Pakistan...sbb itu dia mengumumkan bahawa Osama maut di Pakistan dlm pertempuran...Pakistan sebuah negara yg mempunyai NUKLEAR dan ini kemungkinan besar memberi kerisauan kepada AS sekiranya Pakistan tidak dikuasai negara tersebut...ne jangkaan aku la...mungkin ada yg baca ne sama seOtak dengan aku @ tidak setujuh dengan pandagan aku dlm catatan ne...tp masing-masing ada pandangan sendiri...btul x???

Jadi, aku mmg tidak galakkan utk anda mempercai 100% apa yg aku catatkan, ini hanya satu pemerhatian peribadi aku terhadap PENGASAS PENGGANAS DUNIA ne iaitu AMERIKA SYARIKAT di bawa naungan BARACK OBAMA selepas berjaya menyingkirkan BUSH...sebernaya Bush bukan disingkirkan tp berganti KERUSI sahaja tp perjuangan tetap sama "All America"  dia mau semua negara tunduk kepada AS...hahaha...

Apa-Apa pun, jgn la kita mempercayai semua kenyataan-kenyataan AS ne...
semua itu adalah pembohongan yg nyata....Peace No War....hehehe...




Sumber: Bharian & Utusan..



Ahad, Mei 01, 2011

Betul bah: Kerana Tokek...Kawan makan Kawan....



Siapa yg tidak kenal dengan Tokek????...hahaha....ne cicak paling comel dan boleh la masuk senarai binatang paling mahal di dunia....comel ka cicak ne???  kebarangkalian tu mungkin la kan.....aku bukan apa, hari ne tertarik plak pasal tokek ne....binatang ne harga mmg mahal, oleh kerana mahal tu la kawan pun boleh tipu kita...apa la, duit punya pasal...ari ne jak aku baca berita ne...

Ada mangsa terbaru c tokek ne...bukan tokek yg menipu tp tokek ne yg jadi alasan utk menipu...ish3x...kesian ko tokek...jadi punca org menipu utk dpt kan duit....seorang peniaga kerugian RM60ribu setelah memberikan duit tersebut kepada rakannya utk dijadikan modal membeli tokek pada harga RM300ribu...dikhabarkan...tokek itu akan di jual semula dengan harga RM1.5 juta namun, terpaksa membelinya terlebih dahulu dengan org lain...

percaya punya pasal...bulat-bulat RM60ribu di serahkan kepada kawannya utk mendapatkan tokek itu dan menjualnya semula dengan harapan mendapat keuntungan berganda...tp, sudah dapat duit kawan peniaga tu pun lesap dengan duit sekali...jahat btol punya kawan...ne la kawan makan kawan....so,kepada yg ada tokek n teringinkan tokek hati-hati la...jangan kerana tokek mata lebam mcm tokek nagis sebab tertipu....hehehe...

share ckit senarai harga tokek:

Betul bah: Senarai Gergasi Dunia...



Sultan Kosen daripada Turki memiliki ketinggian 2.5m dan tapak tangan terbesar d dunia iaitu 2.74cm, Di lahirkan di Mardin Turki pada 10 Dis 1982 ini memegang gelaran lelaki tertinggi di dunia masa ini dan tapak tangan terbesar. Rekod ini juga telah dipegangnya sejak 20 tahun yg lalu setelah menewaskan ketinggian Bao Xishun pada ketinggian 2.36m...

lagi senarai manusia tertinggi:

Robert Pershing Wadlow 
Robert Pershing Wadlow yang hidup pada 1918 hingga 1940 adalah lelaki paling tinggi dunia sehingga hari ini dengan ketinggian 2.72 meter dan bukti itu tidak dapat disangkal lagi. Dia dikenali sebagai Gergasi Alton sempena bandar kelahirannya di Alton, Illinois. Wadlow juga diketahui memiliki tangan paling besar dan lebar dalam sejarah sehingga boleh menyembunyikan botol soda dua liter dengan mudah. 

John William ‘Bud’ Rogan 
Rogan dari Tennessee, Amerika Syarikat yang hidup pada 1868 hingga 1905 ialah salah seorang daripada 12 individu dalam sejarah perubatan mencecah ketinggian 2.4 meter atau lebih. Rogan membesar pantas pada usia 13 tahun sehingga akhirnya dia tidak boleh berdiri atau berjalan. Ketinggian sebenarnya tidak diukur sehingga kematiannya. Ukuran yang diambil ketika dia duduk menunjukkan ketinggian 2.69 meter tetapi cuma seberat 79 kilogram, menjadikan dia lelaki Afrika-Amerika paling tinggi dan kedua paling tinggi pernah direkodkan. 

Leonid Ivanovych Stadnyk 
Dilahirkan pada 1971 di Ukraine, Stadnyk sebelum ini diiktiraf sebagai lelaki tertinggi dunia menurut Guinness World Records 2008 dengan ukuran 2.57 meter. Pembesarannya bermula selepas menjalani pembedahan otak ketika berusia 14 tahun. Dia mengalami tumor kelenjar pituatari yang menyebabkan kelenjar merembeskan sejumlah besar hormon pertumbuhan. Kira-kira 20 tahun selepas pembedahan itu, doktor menemui tumor yang hilang secara misteri dan kini dia adalah keadaan sihat. 

Gabriel Estevao Monjane 
Monjane yang hidup pada tahun 1844 hingga 1990 mungkin kekal sebagai lelaki Afrika paling tinggi pernah diketahui. Dia juga antara 12 individu yang mencecah ketinggian 2.4 meter atau lebih dengan ketinggian 2.5 meter. Dilahirkan di Manjacaze, Mozambique, ketinggian luar biasa Monjane bermula tidak lama selepas dilahirkan. Ketika berusia 17, ketinggiannya mencecah 2.3 meter. Dia menyertai sarkas Portugis dan ketinggiannya mencecah 2.4 meter. 

Suleiman Ali Nashnush 
Warga Libya ini juga adalah antara 12 orang yang mencatat nama dalam sejarah perubatan. Ketinggiannya menyebabkan dia terpilih menyertai pasukan bola keranjang Libya dan menjadi pelakon. Pada 1960, Suleiman menjalani pembedahan untuk membetulkan pertumbuhan tidak normal itu. Dia antara pemain bola keranjang paling tinggi dengan ketinggian 2.45 meter.