ITNM akan menganjurkan Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 melibatkan semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia antara lain bertujuan merangsang generasi muda terutamanya kanak-kanak dan remaja sekolah untuk menguasai pemikiran secara kritis dan kreatif bagi meneroka perkara baru selain menjana idea dan mencipta sesuatu yang luar biasa serta inovatif. Tujuan ini selari dengan cabaran keenam Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik, progresif, inovatif dan mampu memandang jauh ke hadapan. Pertandingan ini menawarkan hadiah lumayan kepada setiap pemenang. Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan: Kategori Sekolah Rendah Hadiah Pertama RM15,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah. Hadiah Kedua RM12,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah. Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah. Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik. Kategori Sekolah Menengah Hadiah Pertama RM20,000 untuk pemenang & RM10,000 untuk sekolah. Hadiah Kedua RM15,000 untuk pemenang & RM7,000 untuk sekolah. Hadiah Ketiga RM10,000 untuk pemenang & RM5,000 untuk sekolah. Hadiah Saguhati kepada tujuh lagi penyertaan ialah RM500 berserta set lengkap Koleksi 100 Judul Buku Sains & Matematik. Pautan laman di sini |
Sabtu, April 23, 2011
Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan